Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Petang ini dah relax sikit sebab urusan mesyuarat sedang berjalan, kerja dah tak banyak....jadi saya ambil kesempatan untuk kongsi berkenaan panduan untuk Peperiksaan Undang-undang Kerajaan - lebih kepada Gred N27. Saya tak sah dalam perkhidmatan lagi, jadi amatlah susah hati dan perasaan apabila mengenang exam tidak lama lagi berlangsung. Exam saya dalam awal bulan April 2014 nanti, ada siapa-siapa yang sama ambil periksa dengan saya?
Ok saya hendak kongsi exam nie ada 3 paper iaitu:
Bahagian I - kod 5102 A
Jawab 10 (sepuluh) soalan sahaja daripada 14 (empat belas) soalan iaitu;
Seksyen I - Lima (5) daripada tujuh (7) soalan yang terdiri daripada Arahan Perbendaharaan, Perintah Am, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan
Seksyen II - Lima (5) daripada tujuh (7) soalan yang terdiri daripada Arahan Keselamatan, Panduan Pengurusan Pejabat serta Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA).
Bahagian II - kod 5102 B - PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG
Jawab 10 soalan sahaja daripada 14 soalan. Setiap soalan membawa 10 markah.
Soalan adalah terdiri daripada Perlembagaan Persekutuan (Bahagian 3 - Kewarganegaraan), Akta Perwakilan Kuasa 1956 (Akta 358), Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388), Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120), Akta Kontrak 1950 (Akta 136), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Akta Syarikat 1965 (Akta 125) dan Kanun Tanah Negara 1965 - Penggal 11 (Bahagian 4,5 dan 5A). Adoiii kalau bab akta-akta nie memang saya slow sikit sebab payah nak faham bahasa peguam nie :'(
Bahagian III - kod 5102 D - SUBJEK JABATAN
Jawab empat (4) soalan sahaja daripada enam (6) soalan.
Setiap soalan membawa 25 markah.
Soalan terdiri daripada Akta Pancen 1980 (Akta 227), Peraturan-peraturan Pencen 1980, Akta KWSP 1991 (Akta 452), Peraturan-peraturan KWSP 2001, Kaedah-kaedah KWSP 1991, Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 - P.U.(A)75/2010, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993....... titik
Kalau Bahagian I dan III tue saya biasa lah buat, tapi kalau dah masuk Bahagian II tue memang saya give up...dan kalau ada siapa-siapa yang last year paper mohon kongsi lah iya. Saya cuma ada paper Bahagian I - iaitu 5102 A sahaja (sumbangan dari kawan saya iaitu Puan Jastia, thanks semoga bahagia bersama suami iya).
Ok sampai disini sahaja, nanti jumpa lagi ditaipan yang lain.