Monday, 14 March 2016

Contoh Soalan 5102D (Subjek untuk PPT)

Last kertas. 

Dalam ketiga-tiga kertas exam ini, kertas ini yang memerlukan sel-sel otak bergabung dan boleh tahan susahnya. 

Tapi kalau belek buku awal2 tak jadi masalah kerana open book dan pastikan tahu jawapan kat muka surat mana, ulas sikit untuk rujukan seksyen mana than salin je jawapan.















Contoh Soalan 5102B (Perlembagaan & Undang-Undang Am)

Next adalah untuk soalan ini pulak iya.

Good luck!





























Contoh Soalan 5102A (Perintah Am, Arahan Pentadbiran & PKPA)


Salam sayang untuk semua. 


Maaflah kerana lama tidak update di blog saya ini. Bersama-sama ini disertakan soalan peperiksaan yang pernah saya ambil untuk rujukan. 

Tiada transaksi komersial disini dan hanya untuk perkongsian sahaja. Semoga dapat membantu untuk persediaan peperiksaan yang mendatang.












Wednesday, 27 January 2016

Perasaan

Perasaan merupakan satu nikmat. Ada sesetengah orang tidak berperasaan..perasaan kasih sayang, suka, perhatian, dan perasaan yang positif amat perlu dalam kehidupan seharian. Sekiranya diawal pagi perasaan kita telah digaggu dengan yang negatif sudah pasti satu hari tue akan menjadi hari yang marah-marah. Kesian dekat anak-anak, suami, isteri serta termasuk rakan-rakan satu pejabat, hinggakan ketua pun kita boleh marah.
Perasaan perlu dikawal sebaik mungkin, baik kita yang mengawalnya kerana apa-apa yang berlaku akan ditanggung sendiri oleh yang punya badan. Kadang-kadang perasaan sedih memberi impak yang besar, sedih disebabkan kerja atau seseorang.
Perasaan adalah anugerah yang perlu dikawal sebaik mungkin kerana perasaan yang baik @ positif boleh mengalirkan aura yang positif disekitarnya.

Wednesday, 13 August 2014

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN BIL.1 TAHUN 2014 (5102D) - SUBJEK JABATAN UNTUK PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Salam untuk semua...

Memandangkan hari ini ada masa untuk membuat jawapan untuk soalan exam yang lepas. Maaflah sekiranya jawapan saya nie tak betul or tak tepat. Tapi inilah cara saya menjawab exam yang lepas dan exam KPSL PPT sebelum ini. Jawapan saya nie tidak semestinya betul sebab saya pun tidak tahu jawapan yang betul-betul tepat.Tapi jawapan hendaklah berdasarkan Akta yang digunapakai. Soalan 1 dan 2 nie berkenaan Akta Pencen 1980.

Soalan
1.    Encik Haris berumur 30 tahun telah meninggal dunia dalam perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir
    dan Diplomatik. Taraf jawatan beliau adalah tetap dan telah berkhidmat selama empat (4) tahun serta telah disahkan dalam perkhidmatan sebulan sebelum beliau meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia lima (5) tahun.

(a)   Adakah Encik Haris layak diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen? Berikan alasan anda.  (8 markah)

(b)   Balu dan anak lelaki Encik Haris juga layak diberikan faedah-faedah persaraan atau apa-apa pampasan terbitan. Nyatakan sebabnya, tempoh pemberian dan jumlah pencen terbitan tersebut. (7 markah)

(c)    Nyatakan keadaan yang boleh menyebabkan faedah persaraan yang diberi kepada balu dan anak tersebut terhenti. (10 markah)

Jawapan
1.      1 (a)        Layak, Encik Haris layak diberikan taraf sebagai pegawai berpencen. Ini berdasarkan kepada seksyen 7, Akta Pencen 1980 (Akta 227) menerangkan bahawa seseorang pegawai tetap boleh diberi taraf sebagai seorang pegawai berpencen jika ia telah-
(a) disahkan dalam jawatanya yang sekarang; dan
(b) genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira.
Dengan merujuk kepada seksyen 8(b), Akta Pencen 1980 juga menjelaskan pegawai-pegawai yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pegawai-pegawai berpencen iaitu:
(b) seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab-sebab perubatan atau di bawah seksyen 12A sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira.

1 (b)     Balu dan anak lelaki Encik Haris juga layak diberikan faedah-faedah persaraan atau apa-apa pampasan terbitan. Ini boleh dirujuk berdasarkan kepada seksyen 14(1), Akta Pencen 1980 yang menjelaskan tertakluk kepada seksyen 16, jika seseorang pegawai berpencen mati dalam perkhidmatan, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji yang akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau hanya ganjaran terbitan sahaja.
            Merujuk kepada peraturan 15, Peraturan – peraturan Pencen 1980, Bahagian III menerangkan orang-orang yang layak mendapat pencen terbitan, elaun persaraan terbitan dan ganjaran terbitan.
(1)   Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan boleh diberi kepada-
(a)   balu atau duda;
(b)   anak; atau
(c)    balu atau duda dan anak;
Dengan syarat bahawa dalam hal bayaran kepada seseorang duda, pegawai
perempuan yang mati itu mesti berada dalam perkhidmatan pada atau selepas 1hb Julai 1980.

(2)   Ganjaran terbitan boleh diberi kepada-
(a)   orang-orang di bawah perenggan (1); dan
(b)   ibu kepada pegawai yang mati atau, jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya.

(3)   Jika tidak terdapat mana-mana orang sebagaimana yang disebutkan dalam perenggan (1) dan (2), hanya ganjaran terbitan boleh diberi kepada wakil diri di sisi undang-undang pegawai yang mati.

Dengan merujuk kepada peraturan 16, Peraturan-peraturan Pencen 1980 menjelaskan peruntuk-kadaran pencen terbitan, elaun persaraan terbitan atau ganjaran terbitan.
(1)   Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan atau ganjaran terbitan di bawah Akta boleh dibayar kepada orang-orang di bawah peraturan 15 (1) dan (2) mengikut kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh diuntuk-kadar semula bila-bila sahaja mana-mana orang itu mati atau tidak lagi layak mendapat bayaran itu.
Berdasarkan peraturan 14, Peraturan-peraturan Pencen 1980 menjelaskan pencen terbitan dan ganjran terbitan di bawah Akta hendaklah dihitung mengikut cara yang sama seperti penghitungan pencen dan ganjran di bawah peraturan 4 iaitu
(1)   Tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, seseorang pegawai berpencen boleh, apabila bersara, diberi-
(a)   Pencen bulanan berdasarkan-
1/600 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya; dan
(b)   ganjaran berdasarkan-
7.5% x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima.
1 (c)     Keadaan dimana faedah persaraan yang diberikan kepada balu dan anak Encik Haris boleh terhenti boleh dirujuk berdasarkan seksyen 16, Akta Pencen 1980 yang menerangkan pencen terbitan atau elaun bersara terbitan yang diberi di bawah Akta ini hendaklah terhenti jika penerimanya-
            (b) seorang anak, lain daripada anak yang cacat otak atau hilang upaya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menangngung dirinya sendiri atau seorang anak yang disebut dalam peranggan (c), apabila berkahwin atau apabila mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang lebih dahulu; atau
            (c) seorang anak yang sedang mendapat didikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melebihi pelajaran yang menuju kea rah ijazah pertama, apabila tamat atau berhenti mendapat didikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana yang lebih dahulu.        
Berdasarkan kepada seksyen 21A, Akta Pencen 1980 menyatakan pencen dan lain-lain akan terhenti apabila memperolehi kewarganegaraan Negara lain.
            (1) Jika seseorang yang telah diberi pencen atau lain-lain faedah di bawah Akta ini telah dengan sukarelanya (selain daripada perkahwinan) memperolehi kewarganegaraan, atau telah menggunakan hak-hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharaan kesetiaan kepada, mana-mana Negara lain selain dari Malaysia atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya, pencen atau lain-lain faedah tersebut hendaklah terhenti dengan serta-merta.
            (2) Jika pencen atau lain-lain faedah terhenti di bawah seksyen-kecil (1), tiada pencen atau lain-lain faedah boleh diberi kepada orang-orang tanggungan.

Soalan
1.      2. (a) Encik Ridha telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 5 Januari 1998 dan ditempatkan di Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kuala Lumpur. Berdasarkan rekod, beliau sebenarnya pernah dibersarakan mengikut peruntukan subseksyen 10 (5)(a) Akta Pencen 1980. Walau bagaimanapun beliau telah disahkan sebagai sihat dan berkeupayaan untuk menjalankan tugas dengan sempurna oleh Panel Perubatan dan dipersetujui oleh Jemaah Pegawai.
i.    Apakah kesan pelantikan tersebut terhadap pencen Encik Ridha? Berikan alasan anda. (8 markah)
ii.   Jika tempoh perkhidmatan sebelum beliau dibersarakan boleh dimasuk kira apabila bersara wajib dari jawatan baharu nanti, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Encik Ridha dan mengapakah beliau perlu berbuat demikian? (10 markah)

2.      (b) Apakah faedah persaraan yang boleh diberikan kepada seorang pegawai sementara? (7 markah)
3.       
Jawapan
2 (a) (i). Kesan perlantikan tersebut terhadap pencen Encik Ridha adalah dengan merujuk kepada seksyen 23, Akta Pencen 1980 menerangkan bahawa;
(1)   Jika seseorang pegawai yang diberi pencen di bawah Akta ini atau dibawah mana-mana undang-undang bertulis dilantik semula sebagai seorang pegawai tetap dalam perkhidmatan awam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung pencen itu sepanjang tempoh ia dilantik semula sebagai seorang pegawai tetap.
(2)   Tertakluk kepada seksyen –kecil (1), jika seseorang yang telah bersara dibawah seksyen 11(a)(i) atau 11(b)(i) dan dalam tempoh lima tahun persaraannya itu melibatkan dirinya dalam apa-apa aktiviti yang mungkin bercanggah dengan tujuan ia disarakan, Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung pencenya sehingga ia mencapai umur lima pulh lapan atau genapnya tempoh bersara selama lima tahun, mengikut mana yang lebih awal.
(2A) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik semula sebelum 1 Julai 2008 yang telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa lima puluh lapan tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘lima puluh lapan’ dengan perkataan ;lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana umur yang telah dipilih oleh pegawai itu bagi persaraan paksanya sebelum 1 Julai 2008.
(3)   Berkenaan dengan persaraan di bawah seksyen 11(b)(i), subseksyen (2)
hendaklah terpakai hanya bagi pegawai-pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam selepas mula berkuatkuasanya subseksyen ini.

            2 (a) (ii). Tindakan yang perlu diambil oleh Encik Ridha dan mengapakah beliau perlu berbuat demikian jika tempoh perkhidmatan sebelum beliau dibersarakan boleh dimasuk kira apabila bersara wajib dari jawatan baharunya ialah dengan merujuk kepada peraturan 9, Peraturan-peraturan Pencen 1980 dengan menjelaskan seperti berikut:
(1)   Bagi maksud-maksud Peraturan-peraturan ini, jika apa-apa tempoh perkhidmatan seseorang pegawai telah dibayar faedah persaraanya dan tempoh itu telah diambil kira sebagai perkhdimatan yang boleh dimasukira, pegawai itu hendaklah melepaskan atau membayar balik kepada Kerajaan apa-apa faedah persaraan yang telahpun dibayar kepadanya sebelum apa-apa faedah di bawah Akta itu boleh diberikan.
(2)   Bagi maksud perenggan (1), “faedah persaraan” ertinya pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain tamat perkhidmatan termasuklah bayaran-bayaran tindakan dan saguhati serta caruman yang dibuat oleh majikan yang dibayar kepada mana-mana kumpulanwang simpanan mengenai sesuatu perkhidmatan yang boleh dimasukira beserta dengan bunga, jika ada.
Dengan merujuk juga kepada peraturan 10, Peraturan-peraturan pencen 1980 yang menerangkan opsyen kepada pegawai berpencen apabila bersara menjelaskan juga
(1)   Apa-apa caruman yang dibuat oleh majikan sepanjang apa-apa tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira kepada mana-mana kumpulanwang simpanan beserta dengan bunga yang terakru hendaklah dibayar balik kepada kerajaan.
(1A) Pembayaran balik caruman yang dibuat oleh majikan di bawah perenggan (1) bolehlah dibuat sama ada dengan memulangkan jumlah caruman yang dibuat oleh majikan beserta dengan bunga yang terakru ke dalam Kumpulanwang Persekutuan Disatukan atau dengan menolak jumlah caruman yang dibuat oleh majikan beserta dengan bunga yang terakru daripada ganjran atau ganjran terbitan yang layak dibayar dibawah Peraturan-peraturan ini atau daripada kedua-duanya.
(2)   Tertakluk kepada perenggan (1) dan (4), seseorang pegawai berpencen boleh apabila bersara memilih supaya pencen dan ganjarnnya dikira berdasarkan-
(a)   keseluruhan perkhidmatanya yang boleh dimasukira termasuk apa-apa tempoh sepanjang mana ia bertanggungan mencarum kepada mana-mana kumpulanwang simpanan; atau
(b)   tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira sepanjang mana ia tidak mencarum kepada mana-mana kumpulanwang simpanan.
(3)   Jika seseorang pegawai telah memilih perenggan (2)(b), tempoh yang diambilkira bagi penghitungan pencen dan ganjarannya ialah-
(a)   pencen-
Jumlah bulannya perkhidmatannya yang boleh dimasukira, (tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga ratus bulan) ditolak tempoh dalam mana ia mencarum kepada mana-mana kumpulanwang simpanan;
(b)   ganjaran-
jumlah bulannya perkhidmatan yang boleh dimasukira dengan ditolak tempoh dalam mana ia telah mencarum kepada mana-mana kumpulanwang simpanan.
(4)   Pilihan di bawah perenggan (2) tidak boleh dipakai bagi seseorang pegawai berpencen yang telah dilantik ke dalam perkhidmatan pada atau selepas-
(a)   15hb Januari 1975 bagi Semenanjung Malaysia; dan
(b)   1hb Julai 1978 bagi Sabah dan Sarawak.
(5)   Walau apa pun peruntukan perenggan (4), jika seseorang pegawai meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan dan tidak meninggalkan balu atau duda dan tanggunggan yang layak dibayar pencen terbitan atau pencen tanggunggan di bawah Peraturan-peraturan ini, maka orang tanggunggan yanh layak dibayar ganjaran terbitan hendaklah diberi pilihan sama ada hendak menerima ganjaran terbitan yang dibayar di bawah Peraturan-peraturan ini atua hendak menerima caruman yang dibuat oleh majikan di dalam Kumpulanwang Simpanan Pekerja atau mana-mana kumpulanwang simpanan beserta dengan bunga yang terakru, yang mana lebih berfaedah antara keduanya.

2 (b).    Faedah persaraan yang boleh diberikan kepada seorang pegawai sementara adalah dengan merujuk kepada seksyen 24, Akta Pencen 1980 yang menyatakan seperti berikut;
Apabila seseorang pegawai sementara yang terus berkhidmat di bawah Skim Baru bersara di bawah seksyen 10,11 atau 12, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi elaun bersara dan ganjaran yang banyaknya sama dengan tiga per empat daripada pencen dan ganjaran yang masing-masingnya lazim kena dibayar kepada seseorang pegawai berpencen yang bersara di bawah hal keadaan yang sama di bawah Akta ini jika pegawai sementara itu-
(a)   telah nerkhidmat terus-menerus dengan Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri sebelum daripada 1hb Januari 1976 dan sehingga tarikh persaraannya selepas 1hb Januari 1976;
(b)   telah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira dengan Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri; dan
(c)    telah pada tarikh perlantikkanya tidak kena membayar carum kepada Kumpulanwang Simpanan Pekerja atau lain-lain kumpulanwang simpanan.
Merujuk juga kepada seksyen 25, Akta Pencen 1980 juga menjelaskan seperti berikut iaitu;
Tertakluk kepada seksyen 16-
(a)   jika seseorang pegawai sementara mati dalam perkhidmatan dan sepatutnya menjadi layak mendapat elaun bersara dan ganjaran di bawah seksyen 24 jika sekiranya ia telah bersara pada tarikh kematiannya, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu-
(i)                 ganjaran terbitan yang banyaknya sama dengan ganjaran pegawai itu; dan
(ii)               elaun bersara terbitan yang banyaknya sama dengan elaun bersara pegawai itu;
(b)   jika seseorang pegawai sementara yang sedang menerima elaun bersara mati dalam atau selepas tempoh dua belas tahun setengah dari tarikh persaraannya, elaun bersara terbitan yang sama banyaknya dengan elaun bersara pegawai itu boleh diberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan;
Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian elaun bersara terbitan selepas tamatnya tempoh dua belas taun setengah hendaklah dibuat hanya jika penerimanya-
(i)                 dalam hal seseorang balu atau duda, telah berkahwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(ii)               dalam hal seseorang anak atau anak tiri tanggungan, ialah anal atau anak tiri tanggungan hasil perkahwinan yang telah berlaku semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(iii)             dalam hal seseorang anak angkat, ialah anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; atau
(iv)              dalam hal seseorang anak tidak sah taraf, ialah anak yang dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan.

Ok sampai sinie sahaja untuk hari nie. In sya allah ada kelapangan lagi saya akan cuba
buat untuk soalan berkenaan KWSP pulak iaitu soalan 3 dan 4. 






Tuesday, 12 August 2014

Lulus

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya,

Nak update blog nie memang kena ikut mood. Macam kita nak gunting dan jahit baju, kalau mood tak ada alamatnya jadi tak tentulah kain tue.
Lama juga rasanya saya tak update blog saya nie. Semuanya kerana mood dan nie pun baru lepas mood raya. Insyaalah lepas nie saya akan cuba untuk maintain.
Bercakap pasal exam PPT yang lepas..alhamdulillah saya telah lulus semua paper. Syukur banyak-banyak. Tetapi tak boleh proses lagi ke SPA kerana tak cukup syarat. Ini kerana surat tawaran ada nyatakan tempoh percubaan adalah 1 tahun - 3 tahun. Maksudnya bulan Disember nanti baru boleh proses. 
Untuk makluman saya tidak perlu untuk hadir kursus PTM sebab dah pernah hadir Kursus Induksi Umum anjuran JPA yang lepas. 

Keputusan Exam

Monday, 3 March 2014

PEPERIKSAAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN BIL.1 TAHUN 2008

Alhamdulillah siap jugak akhirnya...sebenarnya sudah lama saya nak berkongsi skrip yang saya ada ini, bukan apa cuma sekadar untuk berkongsi pengalaman dan maklumat. Sekiranya ada yang tersilap atau yang tak betul, kenalah bagi tahu atau komen kat saya, saya akan perbetulkan. 
Untuk kertas nie saya baru sempat menghabiskan taipan untuk Seksyen I sahaja, untuk Seksyen II tue kena tunggu kelapangannya, draf dah ada.... insyaallah saya akan masukkan disini juga. Buat masa sekarang saya tidak mempunyai kertas soalan untuk peperiksaan Undang-undang dan Subjek jabatan. Mohon bagi sesiapa yang ada agar dapat berkongsi dengan saya iya.
Ok lah sampai disini sahaja. Nanti jumpa di lain masa ......

Oppss lupa nak kongsi..

Masa diberi untuk menjawab 10 soalan dari paper nie adalah 3 jam sahaja. 3 jam=180minit jadi......
Kalau buat pengiraan 10 soalan/180minit = 18minit untuk satu soalan